Tuesday, June 11, 2013

Rutin!

Assalamualaikum semua.. rasa sedih pulak bila dah nak masuk sem baru ni.. untuk pengetahuan semua, minggu depan esya dah start sem baru.. iaitu sem 3.. alhamdulillah dah masuk sem 3.. syukur sangat.. in shaa Allah akan jadi engineer yang bertauliah.. hehehe.. so kali ni esya nak cerita sikit rutin esya kat kampus.. semua student ade rutin tersendiri.. macam esya, course esya ni memang jadual padat.. kalau tengok jadual kelas rasa mcm nak pitam je.. FULL dari pagi sampai petang.. sabar je lah.. kalau lompong pon sikit-sikit je.. tapi nak buat macam mana.. tahan je lah kan..

Esya berada kat kampus lebih kurang 9 jam.. lama jugak la menahan otak nak belajar ni.. so barang-barang keperluan mestilah cukup.. tak boleh miss satu barang pon.. kalau miss habis lah.. rasa tak sempurna je hidup ni.. orang perempuan kalau gi kelas mesti beg dia penuh and kenapa orang laki-laki ni g kelas beg sekempis yang boleh??? hairan betul.. orang perempuan pulak selagi boleh sumbat, selagi tu lah sumbatnya.. sampaikan setiap bulan tukar beg.. okay itu melampau.. ahahaha

Barang-barang ni mesti ada dalam beg esya.. pen tu bawak lebih-lebih sikit.. karang tak de dakwat la, pen patah la, pen hilang la... mula la tak sempat nak salin nota.. then, leher jadi macam zirafah jenguk nota orang sebelah.. ahahaha... next, tiger balm tu penting ye sebab esya ni ade migrain.. takut-takut kang termigrain kat kelas.. so tiger balm la penyelamat esya ni.. then, eclipse mint ni pon penting.. takut mengantuk dalam kelas time lecturer tengah mengajar.. tak ke naya tu.. so esya pon mengunyah-ngunyah la eclipse ni.. untuk kurang kan ngantok.. tu la strategi.. hahaha.. haaaaa!!! yang patung tupai tu pulak tempat esya letak kunci almari.. kalau hilang, tak dapat la nak bukak almari.. terpaksa kopak almari.. marah pulak warden nanti.. ahahaha.. so tupai ni akan sentiasa berada dalam beg untuk selamat.. hehe

Pink is so cute..

Laptop pink esya ni takkan dilupakan.. dia la tempat esya buat assigment, main twitter, facebook, dan juge blogger.. sebelum tu nak pesan.. hati-hati dengan fake account ye.. pilih yang betol.. baru betol dan selamat..hehee

Ok... bila dah balik kampus, esya akan miss kembar esya ni Dhya Ladiya.. sob sob sob :'(

Ok sampai sini jelah cerita esya.. kita jumpa kat entry yang baru ok.. esya akan cuba untuk update selalu ye.. bye

Thursday, June 6, 2013

Naturactor pilihan Esya Erisya

Assalamualaikum semua and hye :).. tengok pada tajuk entry esya kali ni macam gempak je..hehehe.. sebenarnya entry esya kali ni just nak berkongsi something yang sangat berguna untuk para gadis di luar sana.. Apa itu naturactor?? Naturactor ni sejenis cream foundation yang tidak berminyak.. korang tahu tak, punca masalah kulit berjerawat adalah faktor minyak pada kulit.. siapa yang mempunya masalah kulit beminyak tidak diharuskan memakai foundation liquid sebab mempunyai minyak.. kalau dah kulit korang berminyak, then pakai pulak foundation yang mengandungi minyak.. so jadinya apa?? minyak sangat..

Naturactor ni sangat bagus untuk melindungi dan sembunyikan benda-benda halus yang ada pada kulit kita..  contohnya jerawat, bintik hitam, tona tidak sekata dan sebagainya.. tapi korang jangan lah mengharapkan dia akan menutup hampir 100%.. naturactor ni mampu menutup cela 65% sahaja.. ok apa?? dari tak de kan.. 65% pon dah boleh membantu kita untuk kelihatan cantik dan berseri.. naturactor ni jugak sangat lembut dan senang untuk diratakan pada muka.. kalau korang nak kulit muka ala-ala photoshoot, boleh la guna naturactor ni ;)..

ni adalah code bagi naturactor supaya senang kita nak pilih..

Naturactor ni banyak jenis colour.. korang mesti guna yang sesuai dengan warna kulit korang.. macam esya, esya guna code 151.. sesuai dengan kulit orang melayu.. nak kata gelap tak gelap, nak kata cerah tak cerah.. sedang-sedang je.. hehehehe... mesti ada yang tertanya-tanya kenapa code 171 tu colour hijau.. ada orang kulit hijau ke?? hahaha.. korang jangan buat lawak.. code 171 ni sesuai untuk menutup parut pada kulit muka.. nanti parut pada muka tu tak la nampak sangat..


 Sebelum nak beli tu.. korang kena pastikan yang naturactor ni original.. sebab ada penjual yang menjual naturactor tiruan.. bahaya ok!!! perbezaan nya pada sticker macam gambar kat atas ni tunjuk.. memang la naturactor tiruan ni lebih murah.. tapi ingat kalau murah tapi tidak memuaskan apa gunanya.. risiko untuk kulit rosak pon tinggi.. lebih baik korang guna yang original... lebih selamat dan kulit dilindungi.. naturactor ni tahan untuk 6 hingga 12 bulan.. kalau jarang pakai lagi lambat habis.. berbaloi kan?? esya pon pengguna tegar naturactor sebab kulit esya agak berminyak.. setakat ni memang esya berpuas hati and esya takkan curang dengan dia..heheehe

tepek muka sendiri jap..hehe

Esya harap apa yang esya kongsi dengan korang dalam entry ni akan memberi manfaat pada korang.. and korang mesti cuba.. nak-nak lagi yang ada masalah kulit.. ok setakat ni sahaja pembelajaran kita hari ni.. hehehe.. in shaa Allah esya akan update entry yang akan beri manfaat pada korang.. 
bye semua :)