Friday, May 25, 2012

Our Friendship

Assalamualaikum semua.. Entry esya kali ni adalah pasal kawan baik esya.. ke sana ke sini ke sinun ke situ mesti bersama-sama.. but now! masing-masing dah besar.. lagi empat tahun kawin la tuh! eceh!! korang mesti ada kawan kan.. and yang paling penting mesti korang ada kawan rapat yang korang boleh kongsi suka duka korang.. kawan ni penting untuk kita bersosial tapi kena la pandai pilih kawan supaya kita tidak terjebak dengan sooooooooooosial!.. Apa-apa pon esya harap friendship kita kekal sampai akhirat.. Insyaallah.. 

 Kami lepak kat kfc dulu.. borak-borak kosong 

 perut kenyang, hati pon girang!

 My friends, Afi and waniey.. comey gituh!

 Untunglah ada orang bagi cincin.. haha.. ko adoo??

 Gambar ni paling esya suka sebab mata waniey sesepet yang mungkin.. haha

 Comey tak?? harus jawab comey!! *paksa

 Cik afi kita buat comey :)


 waniey, esya and afi.. so sweet!! hehe

 Posing lagi!

 You and Me are friends!

 Untung korang ada handphone.. ekekeke

 Muka kami sangat annoying :P


Ok, setakat ni je.. apa-apa pon, my friends are the best.. hargailah kawan korang.. jangan ada perasaan nak tikam belakang.. jadilah kawan yang baik.. ok itu sahaja.. bye sayang :)

Friday, May 18, 2012

Only Personal Life

Assalamualaikum 
Hye si cantik dan si kacak.. esya nak share-share sikit pasal blog esya ni.. mesti korang dah cop besar-besar yang blog esya ni lebih kepada personal life and tips-tips kecantikan.. lepas tu tepek gambar-gambar esya besar-besar supaya orang kenal siapa tuan blog ni.. baru lah orang cakap "Oh! ni la esya erisya".. haha.. kan bajet retis gituh.. esya rasa semua yang follow-follow blog esya ni dah tahu yang esya dah berblogging since 2011 lagi.. sekarang dah 2012.. so genap la setahun umur blog esya erisya ni.. Happy Birthday To My Blog.. Semoga esya terus rajin untuk menulis..

Esya sebenarnya tak suka nak cerita pasal dunia luar.. maksud esya pasal politik or gosip-gosip artis bebagai nih.. bukan apa, esya menulis blog bukan untuk cari musuh tapi untuk cari kawan.. bila esya menulis pasal gosip-gosip nih, nanti ada pulak yang menyampah nak bukak blog esya.. lepas tu ada lah yang anti esya.. perhhh!! memang tak sanggup la macam tuh.. rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.. tapi esya pakai tudung..hehe.. korang mesti tahu sesetengah orang minat gosip, sesetengah orang tak minat gosip.. jadi jalan penyelesaian esya just tulis about personal life tapi tak terlalu detail and beberapa tips-tips kecantikan or kesihatan.. kadang-kadang tuh selit-selit sikit pasal fashion muslimah.. 

Bila esya tulis pasal gosip artis, mesti ada yang bangkang and mesti ada yang sokong.. blogger yang tulis pasal gosip artis ni mesti hati kental untuk menerima pendapat dan cacian orang lain..macam esya yang hatinya sedia lembut bak agar-agar, esya tak boleh nak terima.. nanti mula la nangis guling-guling.. hahaha.. and then, mesti ada suara-suara sumbang.. contohnya macam ni "eh, kau tahu tak, aku menyampah betol kat blog esyaerisya.blogspot.com.. ade ke dia kata Fizo Omar dengan tuuttttttt bercinta.. nyampah tau!".. ha! yang ni tak tahan nya.. orang zaman sekarang ni berlumba-lumba nak menjatuhkan antara satu sama lain.. kalau boleh esya nak orang cakap "aku suka la baca blog esya erisya tuh, personal life dia menarik".. ha! kan lembut di dengar and esya pon lagi bersemangat nak menulis.. tak de lah sebulan sekali update.. mauahaha..

Melihat diri sendiri sebelom melihat diri orang lain.. 

Esya harap korang selalu support esya untuk terus menulis walaupun kita hanya berkawan di alam maya, tapi insyaallah kita akan berjumpa di alam yang nyata.. sudi-sudikanlah merindui penulisanku.. 
bye sayang :)

 

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday: Cik Esya Erisya Dalam Mood Merah

Assalamualaikum semua.. hari ni kita berbicara dengan gambar..

*Tadi saja-saja gedik search kat google.. tetiba jumpa gambar esya yang ni.. terus copy and paste di sini..muahaha :)

Bye sayang..

Friday, April 27, 2012

Eh! Awak Berdua Ni Kembar Ke??

Assalamualaikum and hello semua.. kali ni esya nak cerita sikit pasal kembar esya.. what?? esya ada kembar?? tak tahu pon!! ha! ni nak bagitahu ni.. sebenarnya kiteorang bukan kembar.. beza umur tiga tahun kot.. tapi disebabkan kitaorang suka buat benda yang sama berlagak macam budak kembar, semua orang ingat kitaorang ni kembar.. kalau terjumpa kawan ayah je, mesti dialog dia "eh, besar dah anak dara ko ni, kembar ye diorang ni??".. so ayah esya terpaksalah ulang benda yang sama.. contoh dialog " taklah.. yang ni kakaknya, yang ni adiknya.. beza umur tiga tahun.. bukan kembar". esya pon kadang-kadang malas nak jawab bila orang tanya.. sama sangat ke kitaorang ni??

 ha! ni kembar esya, DHYA LADIYA.. sebenarnya bukan kembar, tapi adik esya.. :)

 Korang rasa-rasa, sama ke?? ada gaya macam kembar ke??

 Dhya Ladiya's picture

Esya Erisya's picture

Kenapa orang selalu anggap kami ni kembar?? nak tahu tak sebab apa?? ha!! kami suka pakai baju sama kalau pergi mana-mana.. and baju raya MESTI sama.. mak ngan ayah esya pulak akan layan sama rata.. kalau esya ambik baju pink, adik esya pon akan ambik baju pink yang sama.. lagipon, kami berdua je anak perempuan.. yang lain semuanya lelaki.. so, kalau nak bergosip pon, esya bergosip ngan dhya je.. kadang-kadang dengan mak esya.. tapi kadang-kadang, orang akan tertukar, mana satu esya and mana satu dhya.. nak tahu tak, kalau jalan kat luar berdua, orang akan bisik antara satu sama lain.. dialog yang biasa esya dengar "kembar ke diorang ni". nak je esya jawab tak!! muahahaha.. 

Sekarang ni kitaorang dah tak kisah orang nak cakap kembar.. kadang-kadang esya ngan dhya ngaku je kembar.. malas nak banyak cerita.. hehe.. yang penting kami happy!! INGAT!! air dicincang tak kan putus.. ha!! korang boleh pergi kat blog dhya di sini http://dhyaladiya.blogspot.com .. itu sahaja untuk entry kali ni.. bye sayang :)