Friday, April 27, 2012

Eh! Awak Berdua Ni Kembar Ke??

Assalamualaikum and hello semua.. kali ni esya nak cerita sikit pasal kembar esya.. what?? esya ada kembar?? tak tahu pon!! ha! ni nak bagitahu ni.. sebenarnya kiteorang bukan kembar.. beza umur tiga tahun kot.. tapi disebabkan kitaorang suka buat benda yang sama berlagak macam budak kembar, semua orang ingat kitaorang ni kembar.. kalau terjumpa kawan ayah je, mesti dialog dia "eh, besar dah anak dara ko ni, kembar ye diorang ni??".. so ayah esya terpaksalah ulang benda yang sama.. contoh dialog " taklah.. yang ni kakaknya, yang ni adiknya.. beza umur tiga tahun.. bukan kembar". esya pon kadang-kadang malas nak jawab bila orang tanya.. sama sangat ke kitaorang ni??

 ha! ni kembar esya, DHYA LADIYA.. sebenarnya bukan kembar, tapi adik esya.. :)

 Korang rasa-rasa, sama ke?? ada gaya macam kembar ke??

 Dhya Ladiya's picture

Esya Erisya's picture

Kenapa orang selalu anggap kami ni kembar?? nak tahu tak sebab apa?? ha!! kami suka pakai baju sama kalau pergi mana-mana.. and baju raya MESTI sama.. mak ngan ayah esya pulak akan layan sama rata.. kalau esya ambik baju pink, adik esya pon akan ambik baju pink yang sama.. lagipon, kami berdua je anak perempuan.. yang lain semuanya lelaki.. so, kalau nak bergosip pon, esya bergosip ngan dhya je.. kadang-kadang dengan mak esya.. tapi kadang-kadang, orang akan tertukar, mana satu esya and mana satu dhya.. nak tahu tak, kalau jalan kat luar berdua, orang akan bisik antara satu sama lain.. dialog yang biasa esya dengar "kembar ke diorang ni". nak je esya jawab tak!! muahahaha.. 

Sekarang ni kitaorang dah tak kisah orang nak cakap kembar.. kadang-kadang esya ngan dhya ngaku je kembar.. malas nak banyak cerita.. hehe.. yang penting kami happy!! INGAT!! air dicincang tak kan putus.. ha!! korang boleh pergi kat blog dhya di sini http://dhyaladiya.blogspot.com .. itu sahaja untuk entry kali ni.. bye sayang :)

Monday, April 23, 2012

Terciptalah "DHYESYA" Untuk Esya!

Assalamualaikum semua.. Dah lama kan esya tak update.. sorry la.. esya busy sekarang ni.. now boleh update.. korang nak tahu tak?? sebenarnya dah lama esya bercadang nak buat online shop sendiri.. Alhamdulillah, dah tercapai impian esya tu.. esya ingatkan nak sale kat dalam blog ni je.. tapi rasa macam tak best pulak sebab blog ni khas untuk life esya je kan.. so esya dengan adik DHYA LADIYA plan nak buat blogshop sendiri dan terhasil la "DHYESYA" .. Comel kan nama tue.. ekekeke..

Inilah hasilnya.. biasa-biasa saje.. tak perlu cantik-cantik.. muahaha..


Korang boleh klik ni untuk ke blogshop esya http://dhyesyashopaholic.blogspot.com .. esya akan buat sale dress cantik-cantik untuk girl-girl kat luar sana.. apa-apa pon, esya nak mintak korang support esya ye.. esya kan wanita yang lemah * werkk!!.. hehe.. untuk order dress, korang boleh baca kat syarat-syarat di blogshop esya yang comel-comel gitu.. esya nak ucap terima kasih jugak kat korang sebab sudi buka tutup blog esya walaupun esya tak update.. muahaha.. ok! sebarang pertanyaan boleh tanya kat fanpage esya ye..


Setakat sini sajalah dulu ye.. nanti esya update cerita lain ye.. janji tak tipu.. hehe..
Bye Sayang :)

Wednesday, April 4, 2012

Thanks Sayang! :')

Hello and assalamualaikum semua.. hope korang sihat-sihat belaka.. esya dah baik dari sakit tekak!! yayyy!! seronok sebab suara dah tak macam ella lagi.. kembali merdu ala-ala bawang putih tengah menyanyi kat atas buaian.. hehe.. entry esya kali ni khas untuk korang semua yang sudi bukak tutup, bukak tutup blog esya yang pink-pink gituh ni.. Alhamdulillah, esya tengok follower makin naik, viewer untuk sehari pon dah boleh mencecah ribu-riban.. thanks sangat-sangat kat korang semua.. kalau tak de korang, sape lah blog esya ni.. terkontang-kanting sorang-sorang la kat situ.. hehe.. esya berblog pon bukan nak kejar follower, esya cuma minat nak tulis diari secara online.. dulu, esya minat tulis-tulis diari ni..

Dulu buku diari sampai dua tiga buah.. haha.. punya banyak merepek kat dalam diari.. tapi, bila baca balik, rasa macam kelakar pulak.. kekadang tu tanya diri sendiri, " eh, apsal aku tulis macam gini.. benda ni pon nak tulis".. tapi dan tapi, esya suka skip-skip tarikh dalam diari.. muahahaha.. nak buat macam mana, busy teramat lah sangat mengalah pengetua sekolah esya dulu.. hihi.. so, esya try la sign up blogger ni.. masa dulu blog esya buruk.. esya tak kisah sangat pasal cantik cute miut ni.. sekarang je rasa macam nak buat cantik ala-ala kayangan gitu.. esya buat blog masa tahun 2010.. tapi esya start menulis 2011.. punya lama esya biar blog tu sorang-sorang kat situ.. itu pon esya jarang-jarang update.. bukan tak nak update hari-hari, cuma esya busy je.. 

So, dah tahu kan?? hehe.. blog esya tak de lah best mana.. biasa-biasa saje.. blog esya lebih menceritakan pasal personal life.. esya tak suka nak campur adukkan pasal personal  dengan hal dunia luar.. :) ..esya lebih selesa cerita personal life cuma tak spesifik la.. tak kan nak cerita semua kat korang.. mana aci!! hehe.. thanks untuk korang lagi sekali sebab support esya.. Love love love you all.. muahhhh!! hehe

hembus-hembus sikit ubat pengasih bagi korang melekat and jatuh hati kat blog esya.. ekekeke

sampai sini jelah entry esya kali ini.. tunggu entry esya yang akan datang.. you all sweet follower.. emm sape-sape yang nak tahu perkembangan blog esya, korang boleh la like page esya ni: 


Bye-bye sayang ;)

Sunday, April 1, 2012

Past And Present

Good morning and Assalamualaikum kepada pembaca blog esya yang colour-colour pink gitu.. arrggghhh!! rasa macam tak selesa dengan tekak sakit-sakit, gatal-gatal mintak digaru.. esok mahu segera cari ubat kat farmasi atau klinik yang berdekatan.. hehehe.. korang, esya sanggup bersengkang mata sampai letak batang mancis kat mata semata-mata nak update blog.. * ok, esya saja kasi ayat hiperbola bagi jadi vavavoom sikit.. korang, korang, tahu tak?? mesti tak tahu kan kan kan?? ha ni yang eden nak bagitahu ni.. kalau orang jumpa esya yang dah lama dah tak jumpa, mesti diorang cakap, " eh esya, sama je muka dia dari kecik sampai dah besar".. persoalannya sekarang, sama ke?? sesetengah orang cakap tak sama.. cer korang tengok, cer tengok!!

 This Past..
Comel je rambut.. mase kecik memang biasa buat rambut macam pokok kelapa ni.. kikiki

This Present..
Buat pipi kembung-kembung sikit sampai naik tulang-tulang pipi.. hehe

So, your comment about this.. bagi korang sama ke tak?? tapi yang penting past or present still cute kan?? ekekekeke.. thats all for today.. bye sayang ;)