Sunday, January 8, 2012

Harus Dalam Mood Pink!!

Assalamualaikum semua.. aik??? update lagi?? biasalah awal-awal bulan ni rajin sikit nak update.. ok kali ni esya nak cerita pasal pink.. korang tengok kat blog esya ni, esya dah tulis, nak masuk blog esya kena dalam mood pink.. kenapa esya cakap macam tu?? sebabnya, blog esya ni banyak colour pink.. bila korang dalam mood colour-colour yang lain, jadi spoil la bila msuk blog esya.. terus tak de mood nak baca entry esya.. kesian esya.. kenapa esya pilih warna pink?? sebabnya esya sukalah.. siap ada blogger yang buat entry pasal blog esya colour pink.. hihi.. nak buat macam mana dah suka.. tapi esya tak de la obses sangat... sikit-sikit tu adala.. nak buat macam mana kalau hati dah suka.. tak de sapa pon yang paksa.. memang suka sendiri.. 

besar-besar dah tulis kat situ.. ;)

Barang-barang esya pon banyak yang colour pink.. nak buat macam mana dah suka.. colour lain pon esya suka jugak, tapi pink ni lebih tertarik.. mungkin esya ni berjiwa pink.. ahakz.. rambut sama hitam, hati lain-lain.. ada orang suka, ada orang tak suka.. sapa yang suka dia geng la ngan esya.. hihihi.. tapi dan tapi bila nampak je barang pink, mesti nak beli.. kalau mahal pon sanggup jugak nak beli.. hahaha.. kejam kan???

 comelkan??

yang ni paling esya suka.. beg comel ni la tempat esya sumbat handphone, ic, kad bank, kad tu kad ni.. macam-macam la..

thats all.. bye guys ;)

Friday, January 6, 2012

Perbezaan Model & Talent

Assalamualaikum semua.. Wah wah wah makin rajin pulak esya ni update.. biarlah!!.. hihi.. ok entry kali ni esya buat khas untuk akak-akak and abang-abang and adik-adik yang duk tanya-tanya esya apa maksud talent dengan model.. apa perbezaan dua perkataan yang berbeza ni.. kalau orang seni dia memang dah tahu sangat pasal ni.. sambil pejam mata pon dia dah boleh agak apa itu talent and apa itu model.. Now, esya terangkan sikit ok.. 

Model-Seorang gadis atau jejaka yang memang real model yang meletop top top sangat yang sudah pon menjadi model untuk iklan kat surat khabar atau tv and mungkin ada di mana-mana majalah.. Biasa orang yang dah lama bidang ni dapatlah title model.. ingat datuk ngan datin je ke title?? :) 

Talent-menjadi model untuk para photographer serta masih  baru dalam industry model..pengalaman mereka lebih sedikit jika nak dibandingkan dengan model ni.. mereka hanya model untuk para photographer untuk meningkatkan skill... talent belom menjadi model untuk iklan kat surat khabar atau tv and di mana-mana majalah..sesetangah dari mereka makin hebat and mengganas dlm industry model ni ..ada yang sudah berjaya mendapatkan title model tanpa tinggi yang cukup dan berat badan yang ideal.. warna kulit juga tak mengenal erti model lagi.. haha.. betol ke ayat esya ni.. lantak la.. janji korang paham sudah.. 

So?? Korang dah faham dah?? ok tu je yang esya nak kongsikan hari ni.. pada talent-talent kat luar sana berusahalah.. :)


bye-bye ;p

Thursday, January 5, 2012

Kucing Vs Arnab

Assalamualaikum semua.. hye hye hye.. lama dah kan esya tak update blog?? kan kan kan?? esya kekeringan idea nak update pasal apa.. mesti korang bosan bila bukak blog pink ni, asyik-asyik entry yang sama.. pas tu bila bukak je lagu yang sama.. tak de lagu lain ke?? hahaha.. sory.. ok, esya tak nak mukadimah ni panjang sangat.. jom kita start cerita.. kali ni esya nak cerita sikit pasal kucing dengan arnab.. esya rase sesetengah orang suka kat kucing and sesetengah lagi suka kat arnab.. dua-dua haiwan ni ade ciri-ciri keistimewaan masing-masing.. 

Kalau kucing, ada orang yang takut dengan kucing.. bila kucing tu datang je dekat orang-orang yang takut kucing ni mesti diorang jerit sambil guling-guling.. takut sangat dengan kucing.. katanya takut kucing gigit.. ala kucing tu gigit-gigit manja je pon.. sesetengah orang lagi alah pada kucing.. bila terkena bulu kucing tu, merah la hidungnya.. bersin sana, bersin sini.. dah mengalahkan kena resdung dah.. tapi dan tapi.. kalau ada yang suka kucing, sampai nak tidur pon dengan kucing.. dah tak kesah dengan cik abang kat sebelah.. bagi yang dah kawin la.. hehehe.. pas tu, kucing korang mesti comel-comel.. mandikan kucing, belai-belai kucing.. sampai kucing tu manja.. tu yang suka kat kucing, tapi yang tak suka kat kucing??? apa diorang buat?? ada yang pijak-pijak kucing sampai mati.. Ya Allah.. kucing tak de buat salah pon.. kucing pon nak hidup jugak.. kalau tak suka kucing jangan la duduk kat kucing.. gi main jauh-jauh.. kan lebih elok tu.. ish ish ish...

 comel kan kucing.. ala tomey-tomey mucuk..

Ok!! kalau arnab pulak?? arnab comel.. tapi ade jugak yang takut arnab.. sebab gigi arnab ni tajam.. sakit tau!! tapi arnab ni lebih kurang macam kucing, arnab manja, comel and nak dibelai barulah arnab jinak and tak gigit korang.. pada korang, korang lebih suka haiwan apa?? kucing ke arnab?? kalau esya, esya lebih kepada arnab.. sebab telinga dia comel.. ok fine sebab yang tak munasabah.. kucing, esya tak berapa sebab esya takut kucing.. hahahaha.. tapi tak dela esya jerit sambil guling-guling.. masih waras lagi ok.. 

tengok!! telinga dia comel kan kan kan???

So?? yang mana satu pilihan korang.. meh kongsi dengan esya.. :)..