Saturday, December 1, 2012

Life as a STUDENT!

Assalamualaikum semua.. esya mohon maaf sebab dah lama tak update blog disebabkan masa tak mengizinkan.. jadi, ni entry yang agak panjang sedikit untuk cover yang bulan-bulan lepas punya.. hehehe.. so korang ambik masa sikit untuk baca entry esya ni ok :).. hidup sebagai seorang pelajar civil engineering memang la tak mudah.. nak-nak esya berjauhan dengan family esya..

Hidup esya memang sangat-sangat berubah.. dulu, manja and bergantung pada family.. but now semua kena buat sendiri.. kena pandai hidup berdikari di tempat orang.. tak boleh bergantung pada orang lain.. pas tu dengan assigment yang banyak menyebabkan esya kurang untuk berblogging.. harap korang tak jauh dengan blog esya and setia untuk tunggu blog esya di update ;).. insyaallah dua minggu lagi esya akan masuk kampus balik untuk semester yang seterusnya.. and esya akan cuba untuk bermanja-manja dengan blog pink esya ni..

esya belanja sekeping gambar esya buat korang yang merindui esya.. hehe.. lama tak tepek gambar sendiri.. :)

Kat kampus esya, esya ada tiga orang sahabat yang susah senang sentiasa berada di sisi esya.. diorang lah yang selalu tolong esya untuk sesuaikan diri kat sana.. korang pon tahu kan?? sahabat tu penting dalam hidup kita.. walaupun kata orang kawan ni kadang-kadang boleh jadi musuh, tapi esya cuba sedaya upaya untuk kekalkan hubungan antara sahabat.. tu sangat penting.. bagi esya, bila esya dah kawan dengan seseorang tu, maka dia akan jadi kawan untuk selama-lamanya.. dulu, esya selalu menitiskan air mata sebab berjauhan dengan family, diorang la yang bagi semangat.. meh nak tunjuk sikit kawan esya ni.. esya introducekan sorang-sorang kat korang ;)

this is my friends including me :)

ni hani.. satu courses ngan esya.. civil engineering.. yang ni kemana-mana mesti ngan esya la.. ofcourse la sebab sama kursus.. hehe.. hani selalu tolong esya and dia la teman yang sudi berkongsi cerita ngan esya.. orang yang selalu bagi kata-kata semangat, HANI lah orangnya.. orang yang selalu menasihati esya, HANI lah jugak orangnya.. orang yang selalu kongsi hidup sedih atau suka, HANI lah orangnya.. thats why esya sayang dia.. next.......

ni pulak Leen.. yang ni tak sama courses.. tapi masih boleh jadi kawan baik.. Leen ni satu kepala ngan esya tang bab melalak.. hahaha.. die best!!.. Leen ni macam hani jugak, selalu ada kat sisi esya.. selalu kongsi-kongsi cerita, selalu bergurau senda, and yang paling penting esya suka part dia cakap "i love u,miss u, muah muah".. hehe.. next...

haaa!! ni kawan esya yang esya mula-mula kenal masa masuk kampus.. Kina nama dia..yang ni kawan yang paling best kalau nak usik.. kehkehkeh.. Kina satu courses dengan Leen.. Kina lah orang pertama jadi kawan esya.. Kina pon sama macam Hani and Leen.. semua sifat-sifat yang esya sebut, semua ada kat tiga orang budak ni.. tak de sorang yang cacat cela.. semua bagus and esya suka kawan ngan diorang.. Kina, nak mee sedapp!! hehe

Life kiteorang bila kedai makan tak bukak, mula la masing-masing menunjukkan bakat untuk memasak.. haha.. cara cakap macam masak nasi and lauk pauk.. tapi sebenarnya... jeng jeng jeng...

 hehe..masak maggi je pon.. bukan la susah sangat.. :)

 tak boleh nak bekelah tepi pantai, dalam bilik pon jadi lah.. sweet bukan??? ekeke

credit to hani sebab tu tangan dia.. hehe.. rindu, rasa nak ulang balik time nih :)

Haaaa!! cam ne? bosan dah baca?? tak kan?? hehe.. ni cerita serba sedikit pasal life esya kat kampus and pasal kawan-kawan esya.. hope korang suka dengan entry esya.. insyaallah esya akan sambung entry esya ni dalam entry yang lain.. panjang lagi ni kalau nak diikutkan.. tapi simpan dalam draft dulu.. ok thats all for today.. bye korang :)

Tuesday, September 11, 2012

Mari Kita Makan Sushi...

Assalamuaalikum semua..hehe.. lama kan esya dah tak update.. sorry sangat-sangat.. mesti korang bosan kan bila bukak blog esya tengok benda yang sama jer.. tapi korang kena paham hidup as student ni.. bukan macam sekolah menengah dulu, banyak time free.. sekarang ni kena bekejar sana sini.. kekadang tu esya sendiri rasa tertekan dengan keadaan esya yang tunggang langgang ni.. ok cukup sampai siu cerita pasal study.. now nak cerita pasal SUSHI KING!!

Siapa penah makan dekat sushi king?? ha! siapa yang belom try lagi, boleh pergi cuba.. memang best sangat-sangat.. esya jamin korang akan puas makan kat sana and rasa nak pergi selalu..

 step 1: ambik menu dulu.. ha.. korang belek2 dulu buku menu tu..

 step 2: korang order la apa-apa pon yang korang terasa nak makan.. jangan order nasi lemak sudah

 step 3: esya ambik blackpapper udon.. siyes!! memang sedap sangat-sangat.. korang mesti cuba tau

 step 4: bila dah pergi sushi king, adalah menjadi kewajipan kita kena cuba sushi.. ada macam-macam jenis sushi.. korang main sambar je..

 step 5: ambik gambar macam esya ni..hehee.. ok2 siyes!! korang makan la perlahan-lahan.. baca bismillah dulu.. baru berkat :)

 step 6: makan sampai licin.. siapa yang tak suka sayur, tinggalkan je sayur kat situ.. pandai-pandai la orang tu kutip and buang 

step 7: dah siap makan, kita minum air green tea nih.. nak tahu tak?? air green tea ni FREE je!! so cuba k :)

Hahaha.. siap ada step lagi ni.. so korang jangan lupa cuba ok :).. jumpa di entry yang lain tau.. 
bye sayang :)

Sunday, July 22, 2012

Coming Soon....

Assalamualaikum semua.. selamat menyambut bulan Ramadhan.. semoga kita dapat memiliki pahala yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini.. hari tu kan! nak tahu tak?? emmm jap erk, nak tunjuk something.. ;)

Talent: Esya Erisya
MUA: DN Makeover

sampai sini je esya boleh menaip.. nak kejar masa.. nanti esya sambung lagi ok..
 bye-bye sayang :)

Sunday, July 15, 2012

Rasa Sedih, Rasa Pilu

Assalamualaikum semua ;)
Dah sebulan esya biarkan blog esya bersawang.. mesti korang bosan kan bila buka blog esya mesti tak ada entry baru, lagu pon tak baru.. semua yang lama.. nak buat macam mana, masa untuk esya menaip memang tak ada.. esya menghilangkan diri selama sebulan sebab esya dah sambung belajar ke IPT.. so bulan pertama akan busy la sikit.. and now! esya tengah cuti, so ada masa lah untuk esya cerita-cerita and gosip-gosip dengan korang kan.. hehe..esya nak cerita sikit dari A-Z masa esya bawak diri ke negeri orang untuk belajar.

First, abang posmen datang rumah siap suruh sign bebagai.. esya dapat surat bukan main besar lagi.. then, esya bukak and esya tetiba tersenyum, dalam hati berbisik "eh, betol ke ni?".. esya dapat tawaran sambung belajar.. mama esyamula-mula tanya esya sama ada nak pergi atau tak.. esya dengan semangat cakap NAK!! tanpa pikir panjang dah.. ayah esya pon macam banyak kali tanya.. esya still dengan jawapan esya.. tapi dan tapi, tiga hari sebelom nak pergi, esya dah rasa tak sedap hati, air mata pulak asyik bederai je.. kepala duk terpikir yang esya rasa meneyesal dengan keputusan esya ni.. serius esya cakap, esya tak pernah hidup sorang-sorang tanpa family esya.. esya cuba bagitahu ayah esya yang esya tak nak pergi.. tapi ayah esya tak kasi sebab semua persiapan nak pergi ke sana, semua dah lengkap.. makin pilu hati esya :(

Dua hari lagi na berangkat kat sana, esya menangis dalam bilik sorang-sorang sambil cakap dengan diri sendiri.."boleh ke aku nak hidup tanpa family aku?boleh ke aku tak tengok muka mak ayah aku dalam masa yang panjang?boleh ke aku nak buat keje tanpa pertolongan dari family aku?".. semua soalan tu esya tak de jawapan.. malam tu esya bagitahu mama yang esya tak nak pergi.. mama suruh esya tanya ayah.. tapi ayah still tak kasi.. makin bederai air mata ni..

Sekarang dah tiba masa esya pergi.. mula-mula pergi ok lagi.. tapi dan tapi bila mak and ayah esya dah nak tinggalkan esya kat situ, esya tak leh tahan air mata.. biarlah orang tengok pon, biarlah orang nak cakap esya anak emak sekalipon sebab esya memang anak maka ayah esya.. sebelom mak and ayah esya pergi, esya pelok kuat-kuat,esya cium diorang.. sebab esya dah tak dapat peluang nak pelok and ciom diorang tiap-tiap hari macam dulu.. lepas mak ayah esya balik rumah, tinggallah esya kat hostel.. tapi nasib baik hostel ala-ala rumah apartment gitu.. korang nak tahu, bila nak tidor je, mesti teringat kat family.. mula lah bederai air mata ni.. Tuhan je yang tahu macam mana sedih nya hati esya ni berjauhan dengan keluarga.. esya gigihkan juga untuk tersenyum  walaupun senyuman esya agak plastik..

Sekarang, dah sebulan esya berjauhan dengan family.. tapi esya tetap tak boleh nak hidup sendiri.. macam mana dengan bulan ramadan nanti.. esya puasa sorang-sorang kat sana.. sedihnya :(.. tapi dalam sedih esya, ada jugak terselit kegembiraan.. esya dapat ramai kawan.. and study pon ok je.. insyaallah dapat kejar cita-cita yang esya impikan selama ni..

 Agak-agak korang la, boleh berjaya ke kalau macam ni?? muahaha

 Ni la BFF esya kat sana.. Kina nama dia.. comel gituh

 Ni kawan esya.. ramai lagi sebenarnya tapi tak ada gambar diorang... so tak boleh nak tunjuk... ekekeke


Pensel pink harus di gunakan..hahaha

Ok.. tu sahaja cerita esya untuk korang semua.. insyaallah esya akan update lagi entry yang baru.. bye sayang :)

Friday, May 25, 2012

Our Friendship

Assalamualaikum semua.. Entry esya kali ni adalah pasal kawan baik esya.. ke sana ke sini ke sinun ke situ mesti bersama-sama.. but now! masing-masing dah besar.. lagi empat tahun kawin la tuh! eceh!! korang mesti ada kawan kan.. and yang paling penting mesti korang ada kawan rapat yang korang boleh kongsi suka duka korang.. kawan ni penting untuk kita bersosial tapi kena la pandai pilih kawan supaya kita tidak terjebak dengan sooooooooooosial!.. Apa-apa pon esya harap friendship kita kekal sampai akhirat.. Insyaallah.. 

 Kami lepak kat kfc dulu.. borak-borak kosong 

 perut kenyang, hati pon girang!

 My friends, Afi and waniey.. comey gituh!

 Untunglah ada orang bagi cincin.. haha.. ko adoo??

 Gambar ni paling esya suka sebab mata waniey sesepet yang mungkin.. haha

 Comey tak?? harus jawab comey!! *paksa

 Cik afi kita buat comey :)


 waniey, esya and afi.. so sweet!! hehe

 Posing lagi!

 You and Me are friends!

 Untung korang ada handphone.. ekekeke

 Muka kami sangat annoying :P


Ok, setakat ni je.. apa-apa pon, my friends are the best.. hargailah kawan korang.. jangan ada perasaan nak tikam belakang.. jadilah kawan yang baik.. ok itu sahaja.. bye sayang :)

Friday, May 18, 2012

Only Personal Life

Assalamualaikum 
Hye si cantik dan si kacak.. esya nak share-share sikit pasal blog esya ni.. mesti korang dah cop besar-besar yang blog esya ni lebih kepada personal life and tips-tips kecantikan.. lepas tu tepek gambar-gambar esya besar-besar supaya orang kenal siapa tuan blog ni.. baru lah orang cakap "Oh! ni la esya erisya".. haha.. kan bajet retis gituh.. esya rasa semua yang follow-follow blog esya ni dah tahu yang esya dah berblogging since 2011 lagi.. sekarang dah 2012.. so genap la setahun umur blog esya erisya ni.. Happy Birthday To My Blog.. Semoga esya terus rajin untuk menulis..

Esya sebenarnya tak suka nak cerita pasal dunia luar.. maksud esya pasal politik or gosip-gosip artis bebagai nih.. bukan apa, esya menulis blog bukan untuk cari musuh tapi untuk cari kawan.. bila esya menulis pasal gosip-gosip nih, nanti ada pulak yang menyampah nak bukak blog esya.. lepas tu ada lah yang anti esya.. perhhh!! memang tak sanggup la macam tuh.. rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.. tapi esya pakai tudung..hehe.. korang mesti tahu sesetengah orang minat gosip, sesetengah orang tak minat gosip.. jadi jalan penyelesaian esya just tulis about personal life tapi tak terlalu detail and beberapa tips-tips kecantikan or kesihatan.. kadang-kadang tuh selit-selit sikit pasal fashion muslimah.. 

Bila esya tulis pasal gosip artis, mesti ada yang bangkang and mesti ada yang sokong.. blogger yang tulis pasal gosip artis ni mesti hati kental untuk menerima pendapat dan cacian orang lain..macam esya yang hatinya sedia lembut bak agar-agar, esya tak boleh nak terima.. nanti mula la nangis guling-guling.. hahaha.. and then, mesti ada suara-suara sumbang.. contohnya macam ni "eh, kau tahu tak, aku menyampah betol kat blog esyaerisya.blogspot.com.. ade ke dia kata Fizo Omar dengan tuuttttttt bercinta.. nyampah tau!".. ha! yang ni tak tahan nya.. orang zaman sekarang ni berlumba-lumba nak menjatuhkan antara satu sama lain.. kalau boleh esya nak orang cakap "aku suka la baca blog esya erisya tuh, personal life dia menarik".. ha! kan lembut di dengar and esya pon lagi bersemangat nak menulis.. tak de lah sebulan sekali update.. mauahaha..

Melihat diri sendiri sebelom melihat diri orang lain.. 

Esya harap korang selalu support esya untuk terus menulis walaupun kita hanya berkawan di alam maya, tapi insyaallah kita akan berjumpa di alam yang nyata.. sudi-sudikanlah merindui penulisanku.. 
bye sayang :)

 

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday: Cik Esya Erisya Dalam Mood Merah

Assalamualaikum semua.. hari ni kita berbicara dengan gambar..

*Tadi saja-saja gedik search kat google.. tetiba jumpa gambar esya yang ni.. terus copy and paste di sini..muahaha :)

Bye sayang..

Friday, April 27, 2012

Eh! Awak Berdua Ni Kembar Ke??

Assalamualaikum and hello semua.. kali ni esya nak cerita sikit pasal kembar esya.. what?? esya ada kembar?? tak tahu pon!! ha! ni nak bagitahu ni.. sebenarnya kiteorang bukan kembar.. beza umur tiga tahun kot.. tapi disebabkan kitaorang suka buat benda yang sama berlagak macam budak kembar, semua orang ingat kitaorang ni kembar.. kalau terjumpa kawan ayah je, mesti dialog dia "eh, besar dah anak dara ko ni, kembar ye diorang ni??".. so ayah esya terpaksalah ulang benda yang sama.. contoh dialog " taklah.. yang ni kakaknya, yang ni adiknya.. beza umur tiga tahun.. bukan kembar". esya pon kadang-kadang malas nak jawab bila orang tanya.. sama sangat ke kitaorang ni??

 ha! ni kembar esya, DHYA LADIYA.. sebenarnya bukan kembar, tapi adik esya.. :)

 Korang rasa-rasa, sama ke?? ada gaya macam kembar ke??

 Dhya Ladiya's picture

Esya Erisya's picture

Kenapa orang selalu anggap kami ni kembar?? nak tahu tak sebab apa?? ha!! kami suka pakai baju sama kalau pergi mana-mana.. and baju raya MESTI sama.. mak ngan ayah esya pulak akan layan sama rata.. kalau esya ambik baju pink, adik esya pon akan ambik baju pink yang sama.. lagipon, kami berdua je anak perempuan.. yang lain semuanya lelaki.. so, kalau nak bergosip pon, esya bergosip ngan dhya je.. kadang-kadang dengan mak esya.. tapi kadang-kadang, orang akan tertukar, mana satu esya and mana satu dhya.. nak tahu tak, kalau jalan kat luar berdua, orang akan bisik antara satu sama lain.. dialog yang biasa esya dengar "kembar ke diorang ni". nak je esya jawab tak!! muahahaha.. 

Sekarang ni kitaorang dah tak kisah orang nak cakap kembar.. kadang-kadang esya ngan dhya ngaku je kembar.. malas nak banyak cerita.. hehe.. yang penting kami happy!! INGAT!! air dicincang tak kan putus.. ha!! korang boleh pergi kat blog dhya di sini http://dhyaladiya.blogspot.com .. itu sahaja untuk entry kali ni.. bye sayang :)

Monday, April 23, 2012

Terciptalah "DHYESYA" Untuk Esya!

Assalamualaikum semua.. Dah lama kan esya tak update.. sorry la.. esya busy sekarang ni.. now boleh update.. korang nak tahu tak?? sebenarnya dah lama esya bercadang nak buat online shop sendiri.. Alhamdulillah, dah tercapai impian esya tu.. esya ingatkan nak sale kat dalam blog ni je.. tapi rasa macam tak best pulak sebab blog ni khas untuk life esya je kan.. so esya dengan adik DHYA LADIYA plan nak buat blogshop sendiri dan terhasil la "DHYESYA" .. Comel kan nama tue.. ekekeke..

Inilah hasilnya.. biasa-biasa saje.. tak perlu cantik-cantik.. muahaha..


Korang boleh klik ni untuk ke blogshop esya http://dhyesyashopaholic.blogspot.com .. esya akan buat sale dress cantik-cantik untuk girl-girl kat luar sana.. apa-apa pon, esya nak mintak korang support esya ye.. esya kan wanita yang lemah * werkk!!.. hehe.. untuk order dress, korang boleh baca kat syarat-syarat di blogshop esya yang comel-comel gitu.. esya nak ucap terima kasih jugak kat korang sebab sudi buka tutup blog esya walaupun esya tak update.. muahaha.. ok! sebarang pertanyaan boleh tanya kat fanpage esya ye..


Setakat sini sajalah dulu ye.. nanti esya update cerita lain ye.. janji tak tipu.. hehe..
Bye Sayang :)

Wednesday, April 4, 2012

Thanks Sayang! :')

Hello and assalamualaikum semua.. hope korang sihat-sihat belaka.. esya dah baik dari sakit tekak!! yayyy!! seronok sebab suara dah tak macam ella lagi.. kembali merdu ala-ala bawang putih tengah menyanyi kat atas buaian.. hehe.. entry esya kali ni khas untuk korang semua yang sudi bukak tutup, bukak tutup blog esya yang pink-pink gituh ni.. Alhamdulillah, esya tengok follower makin naik, viewer untuk sehari pon dah boleh mencecah ribu-riban.. thanks sangat-sangat kat korang semua.. kalau tak de korang, sape lah blog esya ni.. terkontang-kanting sorang-sorang la kat situ.. hehe.. esya berblog pon bukan nak kejar follower, esya cuma minat nak tulis diari secara online.. dulu, esya minat tulis-tulis diari ni..

Dulu buku diari sampai dua tiga buah.. haha.. punya banyak merepek kat dalam diari.. tapi, bila baca balik, rasa macam kelakar pulak.. kekadang tu tanya diri sendiri, " eh, apsal aku tulis macam gini.. benda ni pon nak tulis".. tapi dan tapi, esya suka skip-skip tarikh dalam diari.. muahahaha.. nak buat macam mana, busy teramat lah sangat mengalah pengetua sekolah esya dulu.. hihi.. so, esya try la sign up blogger ni.. masa dulu blog esya buruk.. esya tak kisah sangat pasal cantik cute miut ni.. sekarang je rasa macam nak buat cantik ala-ala kayangan gitu.. esya buat blog masa tahun 2010.. tapi esya start menulis 2011.. punya lama esya biar blog tu sorang-sorang kat situ.. itu pon esya jarang-jarang update.. bukan tak nak update hari-hari, cuma esya busy je.. 

So, dah tahu kan?? hehe.. blog esya tak de lah best mana.. biasa-biasa saje.. blog esya lebih menceritakan pasal personal life.. esya tak suka nak campur adukkan pasal personal  dengan hal dunia luar.. :) ..esya lebih selesa cerita personal life cuma tak spesifik la.. tak kan nak cerita semua kat korang.. mana aci!! hehe.. thanks untuk korang lagi sekali sebab support esya.. Love love love you all.. muahhhh!! hehe

hembus-hembus sikit ubat pengasih bagi korang melekat and jatuh hati kat blog esya.. ekekeke

sampai sini jelah entry esya kali ini.. tunggu entry esya yang akan datang.. you all sweet follower.. emm sape-sape yang nak tahu perkembangan blog esya, korang boleh la like page esya ni: 


Bye-bye sayang ;)

Sunday, April 1, 2012

Past And Present

Good morning and Assalamualaikum kepada pembaca blog esya yang colour-colour pink gitu.. arrggghhh!! rasa macam tak selesa dengan tekak sakit-sakit, gatal-gatal mintak digaru.. esok mahu segera cari ubat kat farmasi atau klinik yang berdekatan.. hehehe.. korang, esya sanggup bersengkang mata sampai letak batang mancis kat mata semata-mata nak update blog.. * ok, esya saja kasi ayat hiperbola bagi jadi vavavoom sikit.. korang, korang, tahu tak?? mesti tak tahu kan kan kan?? ha ni yang eden nak bagitahu ni.. kalau orang jumpa esya yang dah lama dah tak jumpa, mesti diorang cakap, " eh esya, sama je muka dia dari kecik sampai dah besar".. persoalannya sekarang, sama ke?? sesetengah orang cakap tak sama.. cer korang tengok, cer tengok!!

 This Past..
Comel je rambut.. mase kecik memang biasa buat rambut macam pokok kelapa ni.. kikiki

This Present..
Buat pipi kembung-kembung sikit sampai naik tulang-tulang pipi.. hehe

So, your comment about this.. bagi korang sama ke tak?? tapi yang penting past or present still cute kan?? ekekekeke.. thats all for today.. bye sayang ;)

Friday, March 30, 2012

Wah!! Saya Nak Benda Ni Ada Masa Wedding Saya Nanti!!

Hello and assalamualaikum semua.. ok, jari ni rasa macam kebas-kebas je nak menaip tapi bila dah letak kat keyboard tetiba rasa malas tu muncul.. *sambil pukul-pukul jari-jemari yang comel tu..hehehe.. ok, hari ni esya nak update pasal cupcake.. anda sukakan cupcake yang comel-comel tu?? mesti suka kan kan kan?? *angguk-angguk kepala sambil jawab " ye, saya memang sukakannye".. hehe.. esya akan tunjuk beberapa jenis cupcake yang sesuai untuk wedding.. sape-sape yang nak kawin tu boleh la cuba buat kelainan sikit.. 









Amacam?? comel bukan.. esya tengok pon tak sampai hati nak makan sebab terlampau comel.. insyaallah bila esya dah naik pelamin nanti, esya akan buat macam ni.. Amin~~.. so korang pon boleh buat bila nak kawin.. mesti korang dah meleleh air liur kan.. ok, ambik tisu lap ye.. hehe.. tu saje.. bye sayang :)