Thursday, December 8, 2011

Mama Muda Vs Anak-anak

Assalamualaikum.. awal-awal bulan ni memang syok and galak sangatlah nak update.. nak-nak cuti-cuti macam ni. lagi la galaknya.. esya tengok ada sesetengah blogger update hari-hari.. seronok pulak bila ada blogger yang pandai nak becerita.. macam esya FAILED!.. nak menaip pon pikir banyak kali dulu.. huhu.. ok2.. korang tengok title entry esya ni.. Mama Muda Vs Anak-anak... Mama tu means esya la.. tapi jangan salah faham pulak.. bukan mak betul.. mak saudara je.. huhu.. karang korang cakap esya kawin muda pulak.. calon tak de lagi ni..haha.. anak-anak tu pulak means anak saudara esya la.. dulu sorang je, sekarang dah dua, tahun depan dah nak masuk tiga.. waaaa!! makin banyak pulak.. terasa tua pulak diriku ini.. hehe.. 

 Anak saudara yang pertama...Muhammad Aniq Rafiuddin.. tomey tak?? hehe.. yang ni tak payah nak cakap la.. punya la nakal.. kalau dia ada kat rumah, esya rase macam nak marah je.. ada je benda dia nak buat.. panjat sana, panjat sini.. bila jatuh mula la nak nangis.. 
 Sekarang Aniq dah besar sikit..dah 4 tahun.. tapi kenakalan dia masih teserlah and menjadi-jadi.. nak kena pok pale dak ni.. hihi.. 
 Aniq ni pandai pose.. abang-abang esya cakap dia tekenan dengan esya.. muahaha... biarla dia ganti tempat esya nanti..
 Aniq, tahu tak mama selalu dukung aniq mase aniq baby2 dlu.. tahu tak, mama selalu mandikan aniq dulu.. tahu tak, mama selalu tidurkan aniq dari dulu sampai sekarang.. tahu tak, mama yang tunggu aniq lahir kat hospital dulu.. tahu tak, mama yang selalu suapkan nasi kat aniq... :D.. bila dah besar tak mo sombong-sombong..
Yang ni pulak anak saudara yang kedua.. Miza Raisha Nasryn.. nama pon nak dekat ngan esya.. orang cakap muka dia macam esya masa kecik-kecik dulu.. masa dia lahir ramailah yang datang tengok dia.. bila diorang tengok, dialog diorang mesti macam ni " la, muka dia macam esya masa kecik dulu"... mula-mula esya tak pecaya.. mana boleh ade orang lain sama macam muka esya... haha.. tapi bila bukak album masa kecik-kecik dulu, memang betol la.. apa pasal muka miza cam muka mama.. kesian dapat muka macam i ni..hehe.. rambut pon sama.. hehe.. tak pe leh masuk iklan pantene.. huhu..

Hari-hari beperang ngan anak saudara.. nak-nak time cuti.. duk kat rumah menghabiskan masa layan diorang bedua ni..  korang buat perangai macam mana pon, tetap sayang korang.. I Love U dear :)

Thursday, December 1, 2011

Macam-macam Gelagat Perempuan

Assalamualaikum semua  :).. Seriyes!! memang lama dah tak update blog.. Kesian blog esya ni.. Macam-macam jenis sawang yang ada.. Tapi sekarang tengah berehat-rehat and menghabiskan masa cuti dengan makan.. muahaha.. Tension exam dah lepas, so kita pon enjoy.. Ok!! entry esya ni banyak berkaitan dengan perempuan.. Tapi kalau ada blogger lelaki yang buka blog esya ni and tak berapa nak suka baca, tak pe, esya faham.. haha.. Ayat redho tuh.. Sebagai seorang perempuan, esya pon tahu apa yang esya nak and apa yang esya rasa baik untuk esya.. Sama macam perempuan lain kat luar sana.. nak yang terbaik untuk diorang.. Tapi ada sesetengahnya berbeza.. Biasalah, rambut sama hitam, hati lain-lain.. Ok, tak nak cakap panjang.. Jom terjah... zasssss!!

haha.. tunjuk picture tuan rumah dulu.. baru boleh cerita.. nanti korang lupa kat esya..haha.. 

1) Perempuan suka tengok cermin
Yang ni memang tak dapat dinafikan sebab esya pon macam ni.. orang cakap kalau selalu tengok cermin maknanya kita tak yakin dengan penampilan diri kita.. Tapi bagi sesetengah perempuan pulak tak pikir macam tu.. kita tengok cermin ni sebabnya suka tengok ciptaan Allah SWT.. ececececeh.. 

2) Perempuan suka shopping bebagai
Shopping ngan perempuan memang tak dapat nak dipisahkan.. bagai aur dengan tebing.. haha.. kalau keluar shopping,confirm-confirm nak dekat selori beli barang.. kalau jejaka kat luar sana ada girlfriend cam ni, esya nasihatkan jangan la bawa girlfriend korang kat shopping mall.. kalau tak, korang balik rumah tengok rambut dah botak..

3) Perempuan suka berfesyen
Fesyen zaman sekarang dah macam-macam jenis.. sampai esya pon rambang mata nak ikut fesyen yang mana satu.. kalau tengok perempuan kat luar sana, perhhhh!! memang begaya semua,kemas and comel-comel belaka.. Kalau yang pakai tudung tu lagi la bertambah kiut.. auccchhh!! hehehe...

4) Perempuan suka cakap banyak
Memang perempuan suka bercakap.. esya pon tak tahu kenapa.. esya tak habis lagi kaji pasal ni.. kadang-kadang sesetengah orang tu kata membebel.. bukan membebel, tapi cuba nak mesra..hahaha.. cover diri plak.. so sape-sape yang ada jawapannya, share-share ngan esya ok :)

5) Perempuan suka baca novel
Ha!! yang ni sangat bertentangan dengan esya.. esya tak suka baca novel.. benci-benci-benci.. buku rujukan pon tak terbaca, ni tetiba nak baca novel, memang tak la kan.. tapi dan tapi, ada la beberapa member esya yang obses dengan novel ni.. kalau baca novel tu bukan main kusyuk lagi... tapi tu hobi masing-masing.. (Kaya la orang yang jual novel ni...hahaha)


Ok.. lima faktor je yang esya boleh kongsi sebab kesuntukan masa... nanti esya sambung lagi ye korang... enjoy la dengan entry esya kali ni... bye :D