Thursday, June 6, 2013

Naturactor pilihan Esya Erisya

Assalamualaikum semua and hye :).. tengok pada tajuk entry esya kali ni macam gempak je..hehehe.. sebenarnya entry esya kali ni just nak berkongsi something yang sangat berguna untuk para gadis di luar sana.. Apa itu naturactor?? Naturactor ni sejenis cream foundation yang tidak berminyak.. korang tahu tak, punca masalah kulit berjerawat adalah faktor minyak pada kulit.. siapa yang mempunya masalah kulit beminyak tidak diharuskan memakai foundation liquid sebab mempunyai minyak.. kalau dah kulit korang berminyak, then pakai pulak foundation yang mengandungi minyak.. so jadinya apa?? minyak sangat..

Naturactor ni sangat bagus untuk melindungi dan sembunyikan benda-benda halus yang ada pada kulit kita..  contohnya jerawat, bintik hitam, tona tidak sekata dan sebagainya.. tapi korang jangan lah mengharapkan dia akan menutup hampir 100%.. naturactor ni mampu menutup cela 65% sahaja.. ok apa?? dari tak de kan.. 65% pon dah boleh membantu kita untuk kelihatan cantik dan berseri.. naturactor ni jugak sangat lembut dan senang untuk diratakan pada muka.. kalau korang nak kulit muka ala-ala photoshoot, boleh la guna naturactor ni ;)..

ni adalah code bagi naturactor supaya senang kita nak pilih..

Naturactor ni banyak jenis colour.. korang mesti guna yang sesuai dengan warna kulit korang.. macam esya, esya guna code 151.. sesuai dengan kulit orang melayu.. nak kata gelap tak gelap, nak kata cerah tak cerah.. sedang-sedang je.. hehehehe... mesti ada yang tertanya-tanya kenapa code 171 tu colour hijau.. ada orang kulit hijau ke?? hahaha.. korang jangan buat lawak.. code 171 ni sesuai untuk menutup parut pada kulit muka.. nanti parut pada muka tu tak la nampak sangat..


 Sebelum nak beli tu.. korang kena pastikan yang naturactor ni original.. sebab ada penjual yang menjual naturactor tiruan.. bahaya ok!!! perbezaan nya pada sticker macam gambar kat atas ni tunjuk.. memang la naturactor tiruan ni lebih murah.. tapi ingat kalau murah tapi tidak memuaskan apa gunanya.. risiko untuk kulit rosak pon tinggi.. lebih baik korang guna yang original... lebih selamat dan kulit dilindungi.. naturactor ni tahan untuk 6 hingga 12 bulan.. kalau jarang pakai lagi lambat habis.. berbaloi kan?? esya pon pengguna tegar naturactor sebab kulit esya agak berminyak.. setakat ni memang esya berpuas hati and esya takkan curang dengan dia..heheehe

tepek muka sendiri jap..hehe

Esya harap apa yang esya kongsi dengan korang dalam entry ni akan memberi manfaat pada korang.. and korang mesti cuba.. nak-nak lagi yang ada masalah kulit.. ok setakat ni sahaja pembelajaran kita hari ni.. hehehe.. in shaa Allah esya akan update entry yang akan beri manfaat pada korang.. 
bye semua :)