Tuesday, May 21, 2013

Resepi Salad Buah

Assalamualaikum semua.. hye korang.. hari ni esya nak kongsi dengan korang cara membuat salad buah.. salad buah sangat kaya dengan vitamin c.. baik untuk kulit.. kita sebagai wanita harus menjaga kecantikan luar dan dalam ;).. ok.. jom start..


Bahan-bahan:

200g strawberry
1 biji nektarine
i biji kiwi
200q anggur(seedless)
1 biji pisang
200ml krim segar
2 sudu besar madu
1 sudu besar air perahan limau
sedkit essen vanilla


Cara-cara:

1.Kupas,bersihkan dan potong dadu kesemua buah buahan tersebut.

2. Kemudian, masukkan madu dan air limau kedalam campuran buah dan biarkan seketika di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

3. Putar krim segar dengan sedikit vanilla essence hingga kembang dan gebu. Gaulkan dan hidang bersama salad buah tadi.


 SIAP!!!! dan hasilnya ialah jeng jeng jeng


 Mudah dan cepat.. so korang boleh try kt rumah ok.. jumpa korang di entry yang lain.. 
bye :)