Sunday, July 15, 2012

Rasa Sedih, Rasa Pilu

Assalamualaikum semua ;)
Dah sebulan esya biarkan blog esya bersawang.. mesti korang bosan kan bila buka blog esya mesti tak ada entry baru, lagu pon tak baru.. semua yang lama.. nak buat macam mana, masa untuk esya menaip memang tak ada.. esya menghilangkan diri selama sebulan sebab esya dah sambung belajar ke IPT.. so bulan pertama akan busy la sikit.. and now! esya tengah cuti, so ada masa lah untuk esya cerita-cerita and gosip-gosip dengan korang kan.. hehe..esya nak cerita sikit dari A-Z masa esya bawak diri ke negeri orang untuk belajar.

First, abang posmen datang rumah siap suruh sign bebagai.. esya dapat surat bukan main besar lagi.. then, esya bukak and esya tetiba tersenyum, dalam hati berbisik "eh, betol ke ni?".. esya dapat tawaran sambung belajar.. mama esyamula-mula tanya esya sama ada nak pergi atau tak.. esya dengan semangat cakap NAK!! tanpa pikir panjang dah.. ayah esya pon macam banyak kali tanya.. esya still dengan jawapan esya.. tapi dan tapi, tiga hari sebelom nak pergi, esya dah rasa tak sedap hati, air mata pulak asyik bederai je.. kepala duk terpikir yang esya rasa meneyesal dengan keputusan esya ni.. serius esya cakap, esya tak pernah hidup sorang-sorang tanpa family esya.. esya cuba bagitahu ayah esya yang esya tak nak pergi.. tapi ayah esya tak kasi sebab semua persiapan nak pergi ke sana, semua dah lengkap.. makin pilu hati esya :(

Dua hari lagi na berangkat kat sana, esya menangis dalam bilik sorang-sorang sambil cakap dengan diri sendiri.."boleh ke aku nak hidup tanpa family aku?boleh ke aku tak tengok muka mak ayah aku dalam masa yang panjang?boleh ke aku nak buat keje tanpa pertolongan dari family aku?".. semua soalan tu esya tak de jawapan.. malam tu esya bagitahu mama yang esya tak nak pergi.. mama suruh esya tanya ayah.. tapi ayah still tak kasi.. makin bederai air mata ni..

Sekarang dah tiba masa esya pergi.. mula-mula pergi ok lagi.. tapi dan tapi bila mak and ayah esya dah nak tinggalkan esya kat situ, esya tak leh tahan air mata.. biarlah orang tengok pon, biarlah orang nak cakap esya anak emak sekalipon sebab esya memang anak maka ayah esya.. sebelom mak and ayah esya pergi, esya pelok kuat-kuat,esya cium diorang.. sebab esya dah tak dapat peluang nak pelok and ciom diorang tiap-tiap hari macam dulu.. lepas mak ayah esya balik rumah, tinggallah esya kat hostel.. tapi nasib baik hostel ala-ala rumah apartment gitu.. korang nak tahu, bila nak tidor je, mesti teringat kat family.. mula lah bederai air mata ni.. Tuhan je yang tahu macam mana sedih nya hati esya ni berjauhan dengan keluarga.. esya gigihkan juga untuk tersenyum  walaupun senyuman esya agak plastik..

Sekarang, dah sebulan esya berjauhan dengan family.. tapi esya tetap tak boleh nak hidup sendiri.. macam mana dengan bulan ramadan nanti.. esya puasa sorang-sorang kat sana.. sedihnya :(.. tapi dalam sedih esya, ada jugak terselit kegembiraan.. esya dapat ramai kawan.. and study pon ok je.. insyaallah dapat kejar cita-cita yang esya impikan selama ni..

 Agak-agak korang la, boleh berjaya ke kalau macam ni?? muahaha

 Ni la BFF esya kat sana.. Kina nama dia.. comel gituh

 Ni kawan esya.. ramai lagi sebenarnya tapi tak ada gambar diorang... so tak boleh nak tunjuk... ekekeke


Pensel pink harus di gunakan..hahaha

Ok.. tu sahaja cerita esya untuk korang semua.. insyaallah esya akan update lagi entry yang baru.. bye sayang :)