Friday, May 18, 2012

Only Personal Life

Assalamualaikum 
Hye si cantik dan si kacak.. esya nak share-share sikit pasal blog esya ni.. mesti korang dah cop besar-besar yang blog esya ni lebih kepada personal life and tips-tips kecantikan.. lepas tu tepek gambar-gambar esya besar-besar supaya orang kenal siapa tuan blog ni.. baru lah orang cakap "Oh! ni la esya erisya".. haha.. kan bajet retis gituh.. esya rasa semua yang follow-follow blog esya ni dah tahu yang esya dah berblogging since 2011 lagi.. sekarang dah 2012.. so genap la setahun umur blog esya erisya ni.. Happy Birthday To My Blog.. Semoga esya terus rajin untuk menulis..

Esya sebenarnya tak suka nak cerita pasal dunia luar.. maksud esya pasal politik or gosip-gosip artis bebagai nih.. bukan apa, esya menulis blog bukan untuk cari musuh tapi untuk cari kawan.. bila esya menulis pasal gosip-gosip nih, nanti ada pulak yang menyampah nak bukak blog esya.. lepas tu ada lah yang anti esya.. perhhh!! memang tak sanggup la macam tuh.. rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.. tapi esya pakai tudung..hehe.. korang mesti tahu sesetengah orang minat gosip, sesetengah orang tak minat gosip.. jadi jalan penyelesaian esya just tulis about personal life tapi tak terlalu detail and beberapa tips-tips kecantikan or kesihatan.. kadang-kadang tuh selit-selit sikit pasal fashion muslimah.. 

Bila esya tulis pasal gosip artis, mesti ada yang bangkang and mesti ada yang sokong.. blogger yang tulis pasal gosip artis ni mesti hati kental untuk menerima pendapat dan cacian orang lain..macam esya yang hatinya sedia lembut bak agar-agar, esya tak boleh nak terima.. nanti mula la nangis guling-guling.. hahaha.. and then, mesti ada suara-suara sumbang.. contohnya macam ni "eh, kau tahu tak, aku menyampah betol kat blog esyaerisya.blogspot.com.. ade ke dia kata Fizo Omar dengan tuuttttttt bercinta.. nyampah tau!".. ha! yang ni tak tahan nya.. orang zaman sekarang ni berlumba-lumba nak menjatuhkan antara satu sama lain.. kalau boleh esya nak orang cakap "aku suka la baca blog esya erisya tuh, personal life dia menarik".. ha! kan lembut di dengar and esya pon lagi bersemangat nak menulis.. tak de lah sebulan sekali update.. mauahaha..

Melihat diri sendiri sebelom melihat diri orang lain.. 

Esya harap korang selalu support esya untuk terus menulis walaupun kita hanya berkawan di alam maya, tapi insyaallah kita akan berjumpa di alam yang nyata.. sudi-sudikanlah merindui penulisanku.. 
bye sayang :)