Friday, April 27, 2012

Eh! Awak Berdua Ni Kembar Ke??

Assalamualaikum and hello semua.. kali ni esya nak cerita sikit pasal kembar esya.. what?? esya ada kembar?? tak tahu pon!! ha! ni nak bagitahu ni.. sebenarnya kiteorang bukan kembar.. beza umur tiga tahun kot.. tapi disebabkan kitaorang suka buat benda yang sama berlagak macam budak kembar, semua orang ingat kitaorang ni kembar.. kalau terjumpa kawan ayah je, mesti dialog dia "eh, besar dah anak dara ko ni, kembar ye diorang ni??".. so ayah esya terpaksalah ulang benda yang sama.. contoh dialog " taklah.. yang ni kakaknya, yang ni adiknya.. beza umur tiga tahun.. bukan kembar". esya pon kadang-kadang malas nak jawab bila orang tanya.. sama sangat ke kitaorang ni??

 ha! ni kembar esya, DHYA LADIYA.. sebenarnya bukan kembar, tapi adik esya.. :)

 Korang rasa-rasa, sama ke?? ada gaya macam kembar ke??

 Dhya Ladiya's picture

Esya Erisya's picture

Kenapa orang selalu anggap kami ni kembar?? nak tahu tak sebab apa?? ha!! kami suka pakai baju sama kalau pergi mana-mana.. and baju raya MESTI sama.. mak ngan ayah esya pulak akan layan sama rata.. kalau esya ambik baju pink, adik esya pon akan ambik baju pink yang sama.. lagipon, kami berdua je anak perempuan.. yang lain semuanya lelaki.. so, kalau nak bergosip pon, esya bergosip ngan dhya je.. kadang-kadang dengan mak esya.. tapi kadang-kadang, orang akan tertukar, mana satu esya and mana satu dhya.. nak tahu tak, kalau jalan kat luar berdua, orang akan bisik antara satu sama lain.. dialog yang biasa esya dengar "kembar ke diorang ni". nak je esya jawab tak!! muahahaha.. 

Sekarang ni kitaorang dah tak kisah orang nak cakap kembar.. kadang-kadang esya ngan dhya ngaku je kembar.. malas nak banyak cerita.. hehe.. yang penting kami happy!! INGAT!! air dicincang tak kan putus.. ha!! korang boleh pergi kat blog dhya di sini http://dhyaladiya.blogspot.com .. itu sahaja untuk entry kali ni.. bye sayang :)