Friday, March 30, 2012

Wah!! Saya Nak Benda Ni Ada Masa Wedding Saya Nanti!!

Hello and assalamualaikum semua.. ok, jari ni rasa macam kebas-kebas je nak menaip tapi bila dah letak kat keyboard tetiba rasa malas tu muncul.. *sambil pukul-pukul jari-jemari yang comel tu..hehehe.. ok, hari ni esya nak update pasal cupcake.. anda sukakan cupcake yang comel-comel tu?? mesti suka kan kan kan?? *angguk-angguk kepala sambil jawab " ye, saya memang sukakannye".. hehe.. esya akan tunjuk beberapa jenis cupcake yang sesuai untuk wedding.. sape-sape yang nak kawin tu boleh la cuba buat kelainan sikit.. 









Amacam?? comel bukan.. esya tengok pon tak sampai hati nak makan sebab terlampau comel.. insyaallah bila esya dah naik pelamin nanti, esya akan buat macam ni.. Amin~~.. so korang pon boleh buat bila nak kawin.. mesti korang dah meleleh air liur kan.. ok, ambik tisu lap ye.. hehe.. tu saje.. bye sayang :)

Thursday, March 29, 2012

Untungnya Jadi Perempuan

Assalamualaikum and hello semua.. hari ni esya nak kongsi sikit pasal kelebihan perempuan ni.. bagi orang lain, kaum wanita ni lemah.. tapi pada hakikatnya wanita la paling istimewa.. esya kongsikan 10 kelebihan wanita :)

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang kuat.
2. Wanita yang soleha itu lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
3. Wanita yang taat pada suaminya, akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
4.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak, lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripadanya susunya diberi satu kebajikan.
6. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukan dia ke dalam syurga lebih awal daripada suaminya.
7. Apabila perempuan sakit hendak bersalin, maka dicatatkannya pahala orang berjihad ke jalan Allah SWT.
8. Sekiranya wanita mati dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
9. Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.
10. Ibu didahulukan tiga kali ganda berbanding ayah.

Ok, ade 10 kelebihan esya dah kongsikan dengan korang.. banyak lagi sebenarnya.. cukuplah 10 je esya kongsi..

Sayang my mom ketat-ketat..

Insyaallah esya akan jadi anak yang soleha dan wanita yang soleha..sama-sama kita tingkatkan amalan kita.. itu sahaja setakat ini.. bye sayang :)

Wednesday, March 28, 2012

Lima Cara Jaga Kecantikan Cara Esya.. Werrkkk!!

Assalamualaikum semua.. ok tengok title entry esya ni.. uhuukk uhukk!! tosodak denn baco tittle esya.. hahaha.. ok, ade orang-orang tu duk gatai-gatai pi taip mesej pastu tekan button send to esya erisya dekat facebook.. nak tahu sangat macam mana esya jaga penampilan diri ye?? meh sini nak bagitahu kat hangpa.. "SHARING IS CARING".. tak gitu hangpa?? awat cek cakap penang ni.. lantak pi dia la.. hehehe

Setiap wanita memang nak sentiasa kelihatan cantik, anggun, bergaya, mutu dan keunggulan.. macam berita TV 1.. masing-masing ade cara tersendiri macam mana nak menggayakannya.. kebetulan produk kecantikan makin lama makin banyak kat pasaran.. and sambutan dari perempuan kat luar sana pulak memang meriah.. gara-gara nak cantik.. tapi dan tapi, korang kena pandai la pilih produk yang betol-betol menjaminkan keselamatan.. takut-takut bila pakai produk tu bukan jadi makin cantik, nanti jadi makin tak cantik pulak.. Macam esya pulak, kalau keluar esya simple-simple je.. ececececeh... tak de la vavavoom sangat.. Ok now esya cerita sikit macam mana esya jaga kecantikan.. mana la tahu korang boleh ikut cara esya :)

1. Esya Guna Nano White
Produk ni je yang sesuai dengan kulit esya.. dulu kulit esya teruk jugak.. ade je jerawat comel tu naik.. tapi sekarang alhamdulillah dah tak de.. nano ni bagus sebab buat kulit kita jadi lebih segar dan tak kusam.. sesuai la untuk kulit yang sensetif ni.. 

2. Makan Buah Tomato
Esya selalu amalkan makan buat tomato.. pedas?? tak la.. sedap je.. nak-nak kalau yang muda.. rase macam makan epal je.. hehe.. tomato ni bagus untuk kulit.. kasi gebu and licin.. jerawat pon susah nak naik tau.. selain dari makan, boleh jugak sapu kat muka.. lepas sapu kat muka, korang bilas dengan air.. pas tu cuba korang rasa kulit korang, confirm licin and lembut.. tak caya?? cuba sendiri..

3. Makan Buah Epal

Epal pon esya selalu makan untuk jaga kulit.. kat rumah mesti ade buah epal.. epal ni sama je function dia dengan tomato.. sedap pulak buah epal ni esya tengok.. muahahaha.. epal boleh buat penuaan kita lambat.. esya tak kisah sangat pasal penuaan sebab esya belom masuk 20 lagi.. jauh lagi tau.. hehe.. tapi kena jaga jugak..

4. Amalkan Minum Air Putih
Korang wajib minum banyak air putih.. sebab apa?? supaya toksik dalam badan dapat dikeluarkan.. air putih bagus untuk kulit.. kalau korang selalu minum confirm kulit tak de masalah.. makin cantik je kulit korang.. 

5. Tidur Dengan Secukupnya
Tidur pulak kena la cukup.. kalau tak jerawat comel yang besar-besar cepat je naik.. pas tu eye bag punya la tebal.. mula la tutup dengan mekap setebal yang mahu.. so jangan la berblogging dan berfacebook tengah malam.. habis la lepas ni esya kena maki sebab tak bagi berinternet tengah malam.. hehehe..

Esya dengan adik esya sentiasa amalkan perkara di atas.. so korang apa lagi tunggu, try la.. hihi

So?? dah tahu dah.. ok tu je lah.. bye sayang :)

Tuesday, March 27, 2012

Kasi Suntik Sikit :)

Assalamualaikum semua.. ape ni suntik-suntik?? hahaha.. bukan suntik botox, tapi suntik blog.. esya suruh pakar bedah blog yang suntik blog esya ni kasi vavavoom sikit.. ingat korang je nak blog comey.. esya pon nak jugak.. jom tengok apa perubahan pada blog esya!




Comey tak? nak tahu sape buat?? ha dah tentu la kak shida.. nak kenal kak shida klik sini http://duniakushida.blogspot.com/ .. kalau korang ade yang jelous and nak buat jugak, boleh la tanya kat kak shida ni.. ok ke dia buat esya?? ok la.. kalau tak tak de nye esya suruh dia edit  full blog.. harga pulak macam mana esya?? esya cuba mintak free.. muahahaha.. korang tanye la kak shida tu.. rase nye ikut apa yang kita nak.. korang, korang, kak shida ni mood dia colour biru bukan pink.. hehehe..

Ape-ape pon thanks akak sebab tolong esya.. comey sangat.. i like ketat-ketat.. hehe.. ok thats all.. bye-bye.. sayang kamoo ketat-ketat :)

Monday, March 19, 2012

Behind The Scene

Assalamualaikum semua.. hari ni esya tak nak cerita panjang.. nak kasi surprise sikit.. lain kali esya cerita.. korang tengok la gambar-gambar yang esya nak tunjuk.. jom tengok!



Sape nampak budak kecik kat dalam gambar ni?? ha tu la Aniq.. Mane-mane pergi mesti bawak budak comel tu ;)

mesti korang tertanya-tanya.. kenapa ni?? ade apa ni?? haha.. ade la.. rahsia..

Ok tu je.. bye-bye sayang :)

Sunday, March 18, 2012

Blog Ini Masih Wujud Ok!!

Sape cakap blog ni dah tak hidup?? eh eh, bagi salam dulu.. Assalamualaikum semua kepada pembaca-pembaca blog esya erisya ni.. ramai yang tanya, ape pasal esya tak update blog?? esya dah tak nak berblog lagi ke?? meh sini esya jawab, esya busy la sayang-sayangku.. tak sempat nak berblog.. niat tu memang nak update.. bila dah sign in tetiba jadi malas.. kenapa lah penyakit malas ni suka datang menghasut esya.. Blog ni akan terus hidup selagi admin dia hidup.. muahahaha..

budak umur 18 tahun ke bawah jangan tengok picture ni.. haha.. ni masa sebelum shoot.. cam biasa la Aniq bagi semangat kat makchik dia ni.. dialog dia " achik buat elok-elok ye, aniq duduk kat situ teman achik".. sweet tak?? ececececeh

Ok tu je.. entry ni sebagai pemberitahuan yang blog ni masih wujud.. nanti insyaallah esya akan taip entry yang lain.. copp!! kalau ada apa-apa terus tanya kat facebook.. klik link ni http://www.facebook.com/esyaerisya.modelling .. thats all.. sudi-sudikan lah merindui hasil penulisanku.. bye-bye :)