Friday, January 6, 2012

Perbezaan Model & Talent

Assalamualaikum semua.. Wah wah wah makin rajin pulak esya ni update.. biarlah!!.. hihi.. ok entry kali ni esya buat khas untuk akak-akak and abang-abang and adik-adik yang duk tanya-tanya esya apa maksud talent dengan model.. apa perbezaan dua perkataan yang berbeza ni.. kalau orang seni dia memang dah tahu sangat pasal ni.. sambil pejam mata pon dia dah boleh agak apa itu talent and apa itu model.. Now, esya terangkan sikit ok.. 

Model-Seorang gadis atau jejaka yang memang real model yang meletop top top sangat yang sudah pon menjadi model untuk iklan kat surat khabar atau tv and mungkin ada di mana-mana majalah.. Biasa orang yang dah lama bidang ni dapatlah title model.. ingat datuk ngan datin je ke title?? :) 

Talent-menjadi model untuk para photographer serta masih  baru dalam industry model..pengalaman mereka lebih sedikit jika nak dibandingkan dengan model ni.. mereka hanya model untuk para photographer untuk meningkatkan skill... talent belom menjadi model untuk iklan kat surat khabar atau tv and di mana-mana majalah..sesetangah dari mereka makin hebat and mengganas dlm industry model ni ..ada yang sudah berjaya mendapatkan title model tanpa tinggi yang cukup dan berat badan yang ideal.. warna kulit juga tak mengenal erti model lagi.. haha.. betol ke ayat esya ni.. lantak la.. janji korang paham sudah.. 

So?? Korang dah faham dah?? ok tu je yang esya nak kongsikan hari ni.. pada talent-talent kat luar sana berusahalah.. :)


bye-bye ;p