Thursday, December 1, 2011

Macam-macam Gelagat Perempuan

Assalamualaikum semua  :).. Seriyes!! memang lama dah tak update blog.. Kesian blog esya ni.. Macam-macam jenis sawang yang ada.. Tapi sekarang tengah berehat-rehat and menghabiskan masa cuti dengan makan.. muahaha.. Tension exam dah lepas, so kita pon enjoy.. Ok!! entry esya ni banyak berkaitan dengan perempuan.. Tapi kalau ada blogger lelaki yang buka blog esya ni and tak berapa nak suka baca, tak pe, esya faham.. haha.. Ayat redho tuh.. Sebagai seorang perempuan, esya pon tahu apa yang esya nak and apa yang esya rasa baik untuk esya.. Sama macam perempuan lain kat luar sana.. nak yang terbaik untuk diorang.. Tapi ada sesetengahnya berbeza.. Biasalah, rambut sama hitam, hati lain-lain.. Ok, tak nak cakap panjang.. Jom terjah... zasssss!!

haha.. tunjuk picture tuan rumah dulu.. baru boleh cerita.. nanti korang lupa kat esya..haha.. 

1) Perempuan suka tengok cermin
Yang ni memang tak dapat dinafikan sebab esya pon macam ni.. orang cakap kalau selalu tengok cermin maknanya kita tak yakin dengan penampilan diri kita.. Tapi bagi sesetengah perempuan pulak tak pikir macam tu.. kita tengok cermin ni sebabnya suka tengok ciptaan Allah SWT.. ececececeh.. 

2) Perempuan suka shopping bebagai
Shopping ngan perempuan memang tak dapat nak dipisahkan.. bagai aur dengan tebing.. haha.. kalau keluar shopping,confirm-confirm nak dekat selori beli barang.. kalau jejaka kat luar sana ada girlfriend cam ni, esya nasihatkan jangan la bawa girlfriend korang kat shopping mall.. kalau tak, korang balik rumah tengok rambut dah botak..

3) Perempuan suka berfesyen
Fesyen zaman sekarang dah macam-macam jenis.. sampai esya pon rambang mata nak ikut fesyen yang mana satu.. kalau tengok perempuan kat luar sana, perhhhh!! memang begaya semua,kemas and comel-comel belaka.. Kalau yang pakai tudung tu lagi la bertambah kiut.. auccchhh!! hehehe...

4) Perempuan suka cakap banyak
Memang perempuan suka bercakap.. esya pon tak tahu kenapa.. esya tak habis lagi kaji pasal ni.. kadang-kadang sesetengah orang tu kata membebel.. bukan membebel, tapi cuba nak mesra..hahaha.. cover diri plak.. so sape-sape yang ada jawapannya, share-share ngan esya ok :)

5) Perempuan suka baca novel
Ha!! yang ni sangat bertentangan dengan esya.. esya tak suka baca novel.. benci-benci-benci.. buku rujukan pon tak terbaca, ni tetiba nak baca novel, memang tak la kan.. tapi dan tapi, ada la beberapa member esya yang obses dengan novel ni.. kalau baca novel tu bukan main kusyuk lagi... tapi tu hobi masing-masing.. (Kaya la orang yang jual novel ni...hahaha)


Ok.. lima faktor je yang esya boleh kongsi sebab kesuntukan masa... nanti esya sambung lagi ye korang... enjoy la dengan entry esya kali ni... bye :D