Friday, April 8, 2011

Muka Saya Bulat Lorh!!

Assalamualaikum semua.. thanks sangat-sangat kat korang yang tolong suggest-suggest kan esya jubah moden tu.. thanks sangat-sangat tau.. kalau tak de korang, sape la yang nak tolong esya.. hihi (bodek ni)... jom ramai-ramai tengok title entry esya ni... napa esya cakap macam tu?? ha!! ni yang nak bagitahu ni.. esya jelos lorh tengok gadis-gadis kat luar sana tu pakai inner shawl tak payah tetas-tetas.. tapi!! esya tak boleh pakai.. kalau esya pakai, dah sure-sure nampak lagi bulat.. dah la muka dah bulat, tambah lagi inner shawl bulat.. jadinya bulat sangat la.. emm teringin nak pakai shawl tapi esya malas nak tetas-tetas nak kasi muncung bebagai.. sebab tu kalau korang perasan, esya selalu pakai tudung biasa je.. kalau pergi perform pon pakai tudung biasa.. tak de la nak pakai-pakai shawl yang melilit satu badan tu..


kalau muka jenis yang panjang tu, tak pe la nak pakai shawl tak payah tetas.. macam den ni ha, terpakso la tanam kan porasaan nak pakai shawl.. sedey!!! esya pergi kelas pon pakai tudung biasa.. member-member esya pakai shawl pi kelas.. rajinnya nak melilit.. esya??? esya confirm pakai tudung ariani je.. orang malas memang macam ni.. lagi satu, kalau shawl kena gosok-gosok.. kalau tudung biasa, tak payah gosok.. tengok!! kat situ dah menambahkan lagi kesahihan yang Esya Erisya ni memang malas.. bukan malas, cuma nak jimat elektrik je.. muahahaha..

ok esya kasi korang tengok picture esya pakai shawl and pakai tudung biasa..


bulatkan!! muahaha.. tak suka-tak suka.. jangan nak gelak-gelak ye.. nanti esya tempeleng korang nanti.. hihi


pakai tudung macam ni lagi senang.. tak payah nak melilit bebagai.. ni picture cover untuk Hitz =)

sudah nampak perbezaannya.. korang agak-agak la kan.. ok ke esya pakai tudung bulat macam tu?? and agak-agak korang la, antara gambar atas and gambar bawah, mana lagi sesuai untuk muka esya yang boolat ni.. hihi..