Saturday, February 19, 2011

Thanks Cayunksss!!


Assalamualaikum wbt kepada semua budak-budak comel yang sentiasa menjadi pembaca blog pink yang tidak seberapa ini :).. kali ni esya nak story-story sikit dengan korang semua.. ha!! 14 Februari adalah birthday esya.. bila dah birthday, mesti la buat birthday party (kononnya).. thanks tu my cayunksss sebab ingat birthday esya and belikan kek oren yang comel and sedap-sedap tu... like-like sangat... nak tahu siapa my cayunksss yang esya maksudkan tu??? my cayunksss tu, mama esya, papa esya, abang esya, kak ipar esya, adik esya.. diorang la yang esya maksudkan.. sebab tu esya letak "s" banyak dekat belakang sebab plural ( habis la bila cikgu bahasa inggeris sesat dah mula mengajar)..

Sebelum tu nak cerita dulu, balik je kelas dalam kul 4.45 p.m, esya ni dah bergegas-gegas ni nak fly ke tempat lain... tiba-tiba je member esya ni duk tarik-tarik esya... ingatkan ada apa, rupanya depa duk balik tepung kat cek... habis tudung cek.. cek dah la nak cepat.. ish ish, apa-apa pon thanks to all my friends yang ingat birthday esya ni.. hihihihi... best dapat member-member sporting.. yang paling sporting, Syakila Fozilan sebab dia orang pertama yang baling tepung kat cek..

Thanks to my brother and my sister in-law

Lepas je lari dari member, esya pon cepat-cepat balik rumah.. nak siap-siap nak fly ke tempat lain... malam tu esya duk kat rumah abang esya, abang esya buat surprise untuk esya... yayyy!!! dapat kek sejibik... muahahaha... sejibik bukan sebijik... esoknya pula pergi jalan-jalan kat kamdar... hahaha... pergi kamdar sebab nak tengok baju raya... waaa!!! semangat tak esya??? puasa pon belum dah nak cari baju raya..


Kek yang dipilih oleh abang esya untuk esya.. comel kan :)

Lepas pergi kamdar tu, pusing-pusing la kat situ sampai pengsan... and sampai lapar jugak... bila dah lapar, kitaorang pon fly ke MacD pulak... wakakakaka.. sempat pergi MacD... padahal nak cepat sebab nak balik rumah sebab ada latihan pantun-memantun... esya masuk pantun?? mesti korang gelak kan?? tetiba je masuk pantun... esya ni tak pandai sangat nak main balas-balas pantun ni.. tapi esya cuba la buat atas dorongon mama and papa esya, pembimbing esya and tak lupa jugak jejaka yang ajar esya buat pantun... :) sekarang dah ok kot... kot la kan.. belom tau lagi.. hihihi...

Tapi serius, esya happy sangat masa birthday esya... fuhh!! rase nak pusing balik masa tu... syok sangat... tak lupa jugak member-member facebook yang wish birthday esya and member-member esya kat blog yang sudi wish birthday kat esya... thanks u alls... semuanya dalam ingatan esya..peace ;)

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Lahir Esya Erisya :)

Allah selamatkan Esya,
Allah selamatkan Esya,
Allah selamatkan Esya Erisya,
Allah selamatkan Esya...


Yayyy!!! hari ni 14 Febuari, genaplah umur esya yang ke_..... cuba teka berapa umur esya... hihihi... dah semakin remaja... kehkehkeh... belum dewesa lagi ok... emm rase macam dah tua sikit.. sikit je la.. ape-ape pon esya harap apa yang esya impikan akan jadi kenyataan pada tahun ni dan semoga rezeki esya semakin murah dan dilimpahkan rahmat.. insyaallah ;)

Bila dah umur semakin meningkat ni, ade perasaan nak kawin.. oppsss bukan nak kawin... silap-silap... perasaan nak baiki kelemahan-kelemahan yang ade pada tahun lepas... emm... lepas tu nak memantapkan lagi wawasan esya ni... lepas tu nak happy kan mama dan papa esya dengan result yang cemerlang, gemilang dan terbilang... esya nak mama dan papa esya menangis dengan kejayaan yang esya dapat bukan menangis disebabkan kecewa.. insyaalah :)...